Identiti Pasukan Negeri_Sembilan_FA

  • Lambang Pasukan

Lambang pasukan ini diambil daripada jata negeri. Dengan mengekalkan sembilan batang padi dan tiga warna dalam jata negeri. Selain itu, bintang pecah sembilan digantikan dengan dua bekas keris dan tulisan jawi pada jata negeri sembilan digantikan dengan singkatan PBNS. Sebilah keris dan sarungnya dibuang dan lambang itu dibentuk seperti perisai seperti lambang kelab-kelab di Eropah

  • Warna

Sejarahnya pasukan ini menggunakan warna merah sebagai warna rasmi. Namun selepas menjuarai Piala Malaysia pada 2009, warna kuning diraja dipilih sebagai warna rasmi kerana semasa perlawanan tersebut, N.Sembilan mengenakan Jersi kedua yang berwarna kuning ketika menentang Pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warrior yang mengenakan jersi berwarna merah. Warna kuning itu telah dianggap membawa tuah.